PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
TIPS MENJAWAB SOALAN KEMAHIRAN BAHASA
Membina ayat
• Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan digunakan sebagai rujukan utama.
• P & P peringkat awal didahului dengan membincangkan maksud perkataan yang diuji.
• Tidak perlu membina ayat yang meleret atau terlalu panjang (memadai 7 – 12 perkataan sahaja).
• Melatih pelajar membina 2 ayat bagi perkataan berpasangan.
• Perbanyak latihan menggunakan perkataan yang agak sukar dan agak mengelirukan.
• Pembetulan segera (lisan / perbincangan di dalam kelas) terutama berkaitan dengan kesalahan ejaan dan struktur ayat supaya tidak berulang.
• Pendedahan perkataan-perkataan melalui pengajaran, pertandingan silang kata, carta perbendaharaan kata, dan sebagainya.
• Rencamkan latihan membina ayat di dalam kelas.
• Kenal pasti jenis penggolongan kata bagi kata dasar.
• Kenal pasti cara membina ayat dengan menggunakan kata kerja pasif (menggunakan ganti nama diri pertama atau kedua).
• Kenal pasti cara membina ayat dalam bentuk cakap ajuk/ ayat perintah (suruhan: Tolong…, Sila...,/ larangan: Jangan…)
• Soalan bahagian ini merangkumi ;
o Kata dasar dan kata terbitan
o Kata banyak makna
o Kata yang hampir sama makna
o Kata nama
o Kata kerja
o Kata adjektif
o Kata ganda
o Kata tugas
o Kata terbitan/pasangan kata terbitan
o Pasangan kata homograf
o Pasangan kata dasar dan kata ganda seluruh
o Pasangan kata ganda dan kata majmuk
o Pasangan kata dasar dan kata ganda berimbuhan
o Pasangan kata ganda seluruh dan kata terbitan
o Pasangan kata dasar dan kata majmuk
o Pasangan kata homofon
o Kata pinjaman bahasa Melayu
o Kata tunggal
o Kata terbitan
o Kata majmuk
Menggabung ayat
• Melatih pelajar menggabungkan ayat-ayat mengikut jumlah dalam arahan soalan.
• Melatih pelajar mengenal pasti kelompok idea dalam petikan.
• Mendedahkan kaedah penulisan dan contoh penggunaan kata hubung yang sesuai, penanda wacana dan tanda bacaan untuk menggabungkan ayat-ayat.
• Menggunakan sistem nombor (i., ii., iii., dsb.)
• Jangan tinggalkan isi penting.
Cakap ajuk cakap pindah
• Membimbing pelajar menggunakan pelbagai penyataan perasaan dan ragam ayat ketika menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah (contohnya; menerangkan, menjelaskan, ingin tahu).
• Guru mesti menekankan penggunaan ganti nama diri ketiga saja dalam cakap pindah
• Struktur frasa kerja pasif diri ketiga perlu difahami oleh pelajar.
• Melatih pelajar menukarkan perbualan kepada laporan.
• Menjelaskan kepada pelajar perbezaan antara cakap pindah dengan laporan.
• Memastikan pelajar menggunakan teknik dialog/ temu bual ketika menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk.
• Guru mesti menekankan penggunaan ganti nama diri pertama dan kedua sahaja dalam cakap ajuk.
• Struktur frasa kerja pasif diri pertama dan kedua perlu difahami oleh pelajar.
• Kenal pasti jumlah isi dalam petikan.
• Pastikan isi ditulis mengikut urutan.
• Ayat yang ditulis mesti gramatis.
Ayat susunan biasa/ ayat songsang
• Ayat susunan biasa ialah ayat yang subjeknya didahulukan daripada predikat
• Ayat songsang ialah ayat yang predikat atau sebahagian daripada unsur predikat dikedepankan.
Ayat aktif / ayat pasif
• Ayat aktif ialah ayat yang meletakkan subjek atau pelakunya pada awal ayat.
• Penanda bagi ayat aktif ialah kata kerja yang menerima imbuhan meN...., meN....i,dan meN....kan.
• Ayat pasif ialah ayat yang objek hadir pada permulaan ayat.
• Penanda bagi ayat pasif ialah kata kerja yang menerima imbuhan di...., di...i, di...kan,ter....,ber..., dan ke...an.
• Bagi ayat pasif, Kata Ganti Nama Diri I dan II hadir di hadapan kata kerja.
Mengesan kesalahan dalam ayat
• Mendedahkan pelbagai kesalahan tatabahasa yang biasa dilakukan oleh pelajar dan masyarakat dalam perbualan sehari-hari.
• Pelajar mesti jelas dan faham tentang punca kesalahan ejaan atau struktur ayat yang berkenaan. Jika tidak, umumnya kesalahan yang sama akan berulang.
• Markah yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan mengenal pasti bilangan kesalahan.
• Guru dan pelajar menggunakan Tatabahasa Dewan sebagai rujukan asas berhubung dengan hukum tatabahasa.
• Markah yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan mengenal pasti bilangan kesalahan dalam ayat.
• Pelajar mesti mempunyai nota tentang kesalahan biasa dalam tatabahasa, bahasa istana yang umum dan gelaran kebesaran / panggilan tokoh dalam masyarakat.
Memberi imbuhan
• Mengenal pasti penggolongan kata dasar.
• Mengetahui konsep awalan, akhiran dan apitan dan makna perkataan yang diimbuhkan.
• Markah yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan .
• Mengenal pasti bilangan kata dasar yang terlibat dalam ayat.
. Mengenal pasti perkataan tertinggal dalam ayat.
• Mengenal pasti golongan perkataan.
• Markah yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan mengenal pasti bilangan perkataan yang perlu ditambah dalam ayat.
Menulis semula ujaran yang tidak gramatis
• Kata singkatan seperti nak, ni, mau dan sebagainya mesti ditulis dalam bentuk bahasa Melayu yang lengkap.
• Kata asing seperti lu, best dan sebagainya perlu ditukar dengan perkataan yang sesuai dalam bahasa Melayu baku.
• Pastikan ayat yang digunakan sesuai sama ada ayat penyata biasa, ayat songsang, ayat pasif, ayat gabungan dan sebagainya mengikut struktur ujaran yang asal.
Peribahasa
• Pelajar perlu menguasai maksud peribahasa.
(termasuk simpulan bahasa, perbidalan, perumpamaan, pepatah,bidalan,perbilangan dan kata hikmat.)
• Pelajar perlu dilatih mengaplikasi penggunaan peribahasa dalam ayat yang gramatis.
• Pelajar perlu didedahkan peribahasa yang ada dalam buku teks.
• Pelajar perlu mempunyai nota/ latihan/ rujukan yang khusus untuk peribahasa.
• Bentuk soalan yang dikemukakan lazimnya mementingkan penggunaan/aplikasi peribahasa iaitu:
o membina ayat berdasarkan peribahasa
o menyatakan maksud peribahasa
o Menyatakan peribahasa berdasarkan maksud
o Menyatakan peribahasa berdasarkan ayat
o Menyatakan peribahasa berdasarkan petikan ( situasi )
o Menyatakan peribahasa berdasarkan petikan perbualan
o Menyatakan peribahasa yang sama maksud
o Melengkapkan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai
No comments:
Post a Comment