Wednesday 19 November 2014

KEMAHIRAN BAHASA












A.  Membina Ayat

1. Tulis satu ayat bagi setiap kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan pada kata-kata tersebut.

(i)  jejari         (ii)  lelangit        (iii)  lelayang        (iv)  kekuda

(v)  tetamu      (vi)  bebenang

                                                                         (6 markah )

2.  Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan pada kata-kata tersebut.


(i)  tempoh                  (ii)  tempuh                  (iii)  cucuk

(iv)  cocok                   (v)  seluruh                 (vi)  seloroh

                                                                  (6 markah)


3.  Tulis satu ayat bagi setiap kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan pada kata-kata tersebut.

(i)  menggalas         (ii)  menatang          (iii)  memikul

(iv)  mengelek         (v)  menjinjing          (vi)  mengusung

                                                                   (6 markah)


4.  Tulis satu ayat bagi tiap-tiap pasangan kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan pada kata-kata tersebut.

(i)     pedalaman     -    pendalaman

(ii)    melancarkan   -   pelancaran 

(iii)   memberikan    -   pemberian

                                                                  (6 markah)


5. Tulis satu ayat bagi setiap kata dalam pasangan kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan pada kata-kata tersebut.

(i)    balai    -    balai raya

(ii)   suka    -    suka duka

(iii)  gulung    -    gulung tikar

                                                                  (6 markah)


6.  Tulis satu ayat bagi tiap-tiap frasa di bawwah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

(i)   seluruh pelosok dunia

(ii)   tradisi keluarga

(iii)   penghujung usia

(iv)   kematangan berfikir

(v)   penjelajahan menerokai

(vi)   mencetuskan kegemparan

                                                                    (6 markah)


7.  Tulis dua ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh membubuh imbuhan, menukar imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

(i)  buku               (ii)  berada                 (iii)  terang


                                                                      (6 markah)


B.  Menukarkan Ayat 

1.  Tulis perbualan di bawah ini dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam perbualan ini.  


Puan Sim :    Hai, Puan Leha! Sudah ke pasar atau belum?
Puan Leha :  Tak perlu ke pasar saya hari ini, Puan Sim.
Puan Sim :    EH! Mengapa pula?
Puan Leha :  Bahan-bahan masak sudah saya beli di pasar   
                     malam, malam kelmarin. Cukuplah untuk 
                     memasak sehari dua.

                                                                     (6 markah)


2.  Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasifdengan mengekalkan maksud asalnya.

(i)  Berbulan-bulan lamanya pihak polis menjejaki penjahat 
     itu.

(ii)  Kelakuan ibu bapa mempengaruhi tingkah laku anak-
      anak.

(iii)  Kamu hendaklah mengecat bilik itu esok atau lusa.

                                                                      (6 markah)


3.  Tukarkan ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif dengan mengekalkan maksud asalnya.

(i)  Peraturan sosial dipatuhi oleh manusia yang normal.

(ii)  Khemah ini mesti kita pasang dengan segera sebelum 
      malam tiba.

(iii)  Semua penyanyi program realiti televisyen diadili oleh 
      seorang penyanyi popular.

                                                                      (6 markah)


4.  Tukarkan ayat-ayat di bawah ini kepada ayat yang bersusunan songsang.

(i)  Penyelidikan aeroangkasa di negara kita semakin maju.

(ii)  Wanita memainkan peranan penting dalam memajukan institusi keluarga.

(iii)  Pentingnya teknologi maklumat dalam bidang pendidikan tidak dinafikan lagi.

                                                                       (6 markah)


5.  Tukarkan ayat-ayat songsang di bawah ini kepada ayat biasa tanpa mengubah maksud asalnya.

(i)  Tidur berbantalkan simenlah pekerja-pekerja yang berpiket itu.

(ii)  Telah menelan ubatlah pesakit yang berbadan gamuk itu.

(iii)  Sedang melayan pengunjung restoran lelaki berbangsa india itu.

                                                                       (6 markah)


6.  Tukarkan ayat tanya biasa di bawah ini kepada ayat tanga songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

(i)  Ayah sudah pulang dari pejabat?

(ii)  Jambatan yang dibina oleh mereka sudah siap?

(iii)  Majlis perkahwinan penyanyi terkenal itu meriah?

                                                                       (6 markah)


C. Membetulkan Ejaan dan Imbuhan

1.  Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat dua kesalahan penggunaan ejaan dan dua kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i)  Kebanyakkan hidupan liar akan pupus jika tidak diambil langkah berkesan untuk melindung kewujudannya.

(ii)  Walaupun ada orang yang menganggapan bahawa iklan sering kali membawa kesan negetif tetapi tidak dapat dinafikan iklan membawa kesan positif juga.

(iii)  Pengguna bahasa Melayu sudah meluas tetapi masaalah yang sering diperkatakan mengenainya ialah pencemaran bahasa yang semakin menjadi-jadi.

                                                                      (6 markah)


2.  Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat dua kesalahan penggunaan ejaan dan dua kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah susunan dan maksud asalnya.

(i)  Kesesakkan jalan raya di beberapa buah bandar besar akan dapat tangani sekiranya amalan berkongsi kereta menjadi pilihan pengguna.

(ii)  Perpaduan sering dikaitkan dengan penghubungan yang erat dalam kalangan anggota masyarakat yang terdiri daripada perbagai bangsa. 

(iii)  Pihak bekuasa wajar mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap perusak kemudahan awam di negara kita.

                                                                 (6 markah)


D.  Membetulkan Kata atau Istilah dan Kesalahan Tatabahasa

1. Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)  Berapa orang pelancong telah terbunuh di dalam satu letupan bom di hotel itu dua hari lalu.

(ii)  Datuk Hashim telah tiga setengah tahun memegang pangkat pengerusi badan amal tersebut.

(iii)  Encik Ramli suka makan kacang panjang dan sosej yang diletakkan dalam roti di tiap pagi.

                                                                  (6 markah)


2.  Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)  Norliza baharu sahaja balik daripada berkursus di Brunei dan dia mendapat banyak pengalaman di sana.

(ii)  Sultan negeri itu masih sakit dan dirawat di unit rawatan rapi oleh ramai doktor-doktor peribadi baginda.

(iii)  Puan Farah membekalkan anaknya nasi lemak dan air putih ke sekolah pada setiap hari.

                                                                     (6 markah)


E.  Menyambungkan dan Memisahkan Ayat

1.  Tulis ayat-ayat di bawah ini semula supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud dan susunan asal ayat-ayat tersebut.

        Lapan buah rumah telah musnah dalam satu kejadian kebakaran. Rumah-rumah tersebut terletak di Kampung Sungai Rinting, Pasir Gudang. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.00 petang tadi. Punca kebakaran belum diketahui. Kejadian berkenaan berlaku terlalu pantas. Mangsa-mangsa kebakaran itu tidak sempat menyelamatkan barang-barang mereka. Mereka kehilangan tempat tinggal. Kebanyakan rumah itu musnah sama sekali. Hanya dua buah rumah yang hangus sebahagian.

                                                                     (6 markah)

2.  Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti. Kemudian, pisahkan kandungan petikan itu kepada enam ayat tanpa mengubah susunan dan maksud ayat asalnya.

Masalah kesilapan bahasa harus ditangani di peringkat awal pemelajaran bahasa, sama ada di tadika atau di sekolah rendah, manakala pada peringkat sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi tumpuannya untuk pengukuhan bahasa.

                                                                      (6 markah)


F.  Menganalisis Ayat  

1.  Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti. Kemudian, kenal pasti ayat-ayat itu dan klasifikasikan jenisnya.

(i)  Azahar mengecat dinding bengkelnya dengan rata supaya nampak kemas dan cantik.

(ii)  Rakyat Iraq sanggup berjuang demi kemerdekaan tanah air daripada belenggu penjajahan Barat.

(iii)  "Jangan duduk diam sahaja, tolonglah bantu kami," kata Tuk Ketua kepada anak buahnya.

(iv)  Di sesetengah bilik di Hospital Kuala Lumpur ditempatkan seorang pengawal keselamatan.

(v)  Mengapakah kamu tidak katakan awal-awal bahawa kamu tidak mampu menyiapkan tugasan ini?

(vi)  Sifat kasih dan sayang sesama insan tanpa mengira keturunan dan latar belakang perlu dipupuk sejak kecil lagi.

                                                                  (6 markah)


2.  Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut.

Subjek....................................................
Predikat .................................................

(i)  Pengarah Syarikat Proton melancarkan kereta model baharu.

(ii)  Pengedar cakra padat haram itu sudah ditangkap polis.

(iii)  Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet.

(iv)  Komputer riba masih mahal harganya.

(v)  Kakak saya akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

(vi)  Berita kejayaan cemerlangnya tersiar dalam akhbar.

                                                               (6 markah)


3.  Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah ini sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama+Frasa Adjektif (FN+FA) atau Frasa Nama+Frasa Sendi Nama (FN+FS).  


(i)  Gadis yang ayu itu sahabat pena kakak saya.

(ii)  Perabot yang cantik itu sangat mahal.

(iii)  Bas Ekspres Trans Nasional itu dari salatan.

(iv)  Perdana Menteri akan merasmikan mesyuarat itu.

(v)  Kek pisang itu sedap rasanya.

(vi)  Para doktor sedang merawat mangsa-mangsa kemalangan itu.

                                                                     (6 markah)


4.  Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga ayat majmuk yang terdapat dalam petikan ini.

        Sejak suaminya lumpuh sebagai akibat kemalangan jalan raya, Puan Khatijah terpaksa memikul semua tanggungjawab. Dia sentiasa berdoa agar dia diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian daripada Tuhan. Dia yakin bahawa suaminya akan sembuh jika dia berusaha menjalani rawatan terapi itu. Walau bagaimanapun, dia harus memberikan semangat. Dia akan menjaga suaminya selagi dia masih mampu. 

                                                                     (6 markah)


5.  Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian kenal pasti tiga ayat tunggal daripada ayat tersebut.

(i)  Penutur jati bahasa Melayu kerap menggunakan dialek dalam pertuturan mereka.

(ii)  Pihak media tidak wajar memberikan ruang kepada bahasa rojak menerusi siaran.

(iii)  Tidak baik kita melemparkan tohmahan kepada seseorang sebelum diketahui kedudukan sesuatu perkara.

(iv)  Pengguna Internet semakin bertambah di negara kita.

(v)  Setiap pelajar hendaklah menghormati guru dan ibu bapa.

(vi)  Generasi muda mestilah memahami tanggungjawab yang perlu dipikul oleh mereka.

                                                               (6 markah)


G.  Melengkapkan Ayat 


1.  Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat kata-kata yang tertinggal. Kenal pasti tempat kata-kata itu digugurkan dan lengkapkannya dengan menambah kata yang sesuai. Tulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i)  Setiap rakyat negara ini berkewajipan memelihara alam sekitar kita dapat hidup dalam selamat dan selesa.

(ii)  Setiap orang tidak mengabaikan pelajaran kerana pelajaran sajalah yang dapat mengangkat seseorang pada zaman ini.

(iii)  Penerbangan itu menawarkan tambang kepada pengguna domestik yang ingin melancong dalam negara sendiri.

                                                                   (6 markah)


H.  Peribahasa       

1.  Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya.

(i)  Umpama pisau di tangan kanan, mentimun di tangan kiri.

(ii)  Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.

(iii)  Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.


2.  Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut.

(i)  Rahman sedar, tidak berguna mencuri harta orang, lebih baik bekerja supaya apabila dia mati kelak, akan meninggalkan nama yang baik.

(ii)  Jika diperhatikan, tingkah laku Safuan tidak jauh bezanya dengan perangai ayahnya.

(iii)  Para perajurit itu sanggup mati demi mempertahankan tanah air daripada menyerah kalah.

                                                                     (6 markah)


3.  Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan. 

Azrul   :   Nasib baik kamu datang. Kalau kamu tak datang, 
               tak tahulah nasib pasukan bola sepak kita. 
               Mungkin teruk dibelasah pihak lawan.
Zali     :   Bukan saya seorang yang penting. Semua pemain 
               memainkan peranan.
Azrul   :   Kamu tu bukan sahaja pandai menggelecek, tetapi 
               apabila berlari mengejar atau membawa bola, 
               begitu laju. Pemain lain tak mampu kejar.
Zali     :   Janganlah keterlaluan memuji saya. Bagi saya, jika 
               kita mempunyai azam yang  untuk menang, 
               kemudian kita berusaha bersungguh-sungguh, 
               pasti kejayaan akan menjadi milik kita.
Azrul   :   Berbual dengan kamu memang seronok. 
               Nampaknya kali ini pasukan kita boleh menjadi 
               juara.

                                                                     (6 markah )


4.  Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian isi tempat-tempat kosong dengan peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan.

       Lukisan yang dihasilkan oleh Razman amat cantik. Memang dia seorang remaja yang.......................................
dalam bidang seni. Dengan kebolehan yang dimiliki, Razman berani.................................di Pasar Budaya, Kuala Lumpur. Pada awalnya, ketika di Kuala Lumpur, dia  ......................., sebab terlalu kagum melihat keindahan bandar raya yang jauh berbeza dengan tempat kelahirannya di Kuala Pilah. Kini Razman telah menjadi seorang pelukis yang terkenal.

                                                                         (6 markah

Tuesday 18 November 2014


TEKNIK MENULIS RUMUSAN
PERATURAN MERUMUS 

i. Perlu mengenal pasti isi-isi utama dalam petikan 
ii. Asingkan isi utama dan isi sampingan, huraian dan bukti 
iii. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120pp 
iv. Jumlah isi tersurat dan tersirat adalah antara 2 - 8 isi dan boleh ditulis lebih asalkan tidak melebihi jumlah patah kata 
v. Boleh memetik ayat dalam petikan, asalkan tidak disalin secara terus. Tukar dengan perkataan lain / tukarkan penanda wacana 
vi. Rumusan mesti ditulis dalam 4 peranggan iaitu peranggan pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat dan kesimpulan 

CONTOH PENDAHULUAN 

1. Menulis frasa pendahuluan 
CONTOH : Petikan membincangkan/ membicarakan/ menyatakan... 

2. Tukarkan arahan 1 dengan sinonim 
CONTOH: Petikan membincangkan punca-punca/ sebab- sebab penderaan pembantu rumah... 

3. Letakkan penambahan sedikit pada hujung ayat yang menggambarkan keseluruhan petikan seperti di negara kita/ pada masa ini / dalam kalangan ... 
CONTOH: Petikan membincangkan perkara-perkara yang mendorong majikan mendera pembantu rumah mereka di negara ini


CONTOH ISI TERSURAT 

I: Isi tersurat merupakan isi yang terdapat secara langsung dalam petikan memenuhi arahan soalan / tugasan pertama
II, Jika arahan soalan ialah faktor..... isi tersurat mestilah berkaitan dengan faktor. 
III. Pelajar dilarang menyalin bulat-bulat / keseluruhan ayat daripada petikan. Calon mesti menggunakan ayat sendiri dengan membuat sedikit penggubahsuaian dari ayat asal 
IV. Beberapa ayat boleh digabungkan dalam ayat majmuk tetapi mesti lengkap. 

CONTOH ISI TERSIRAT 

I. Isi tersirat merupakan ulasan yang munasabah terhadap unsur kedua /kata tugas kedua dalam arahan soalan 
II. Sekiranya unsur isi tersirat dalam arahan soalan kedua.... kesan-kesan.. maka pelajar hendaklah menulis kesan yang munasabah. 
Contoh : 
Penderaan menyebabkan pembantu rumah mengalami tekanan jiwa/ perasaan 

C0NTOH PENUTUP
I. Dalam bahagian ini, pelajar mesti mengemukakan 2 unsur yang dapat menyimpul / merumus petikan 
II. Unsur pertama - menyatakan cadangan/ saranan terhadap isu..... dengan ditandakan dengan kata... mestilah/ haruslah / hendaklah
III. Unsur kedua - menyatakan harapan / penyelesaian terhadap isu. Harapan ini ditandakan dengan kata ... agar / supaya 

Contoh : 
Kesimpulannya, kerajaan hendaklah membendung masalah penderaan pembantu rumah dengan segera agar hak-hak mereka dapat dilindungi. 

FORMULA: 4 PERENGGAN  

Petikan membincangkan ( Sinonim kata kunci )........................ 

Antara ( Kata tugasan S ) ialah/ adalah......... S1................... ( dan )......... S2 ................ . Selain itu, ……… S3………… serta ……… S4………… Di samping itu, ……………….. S5…………. dan ………… S6…………………… 

Antara ( kata tugasan T ) ialah/ adalah………………T1………………................. (dan)……………............. T2 ................................................ 

Kesimpulannya, pihak ... mestilah/ haruslah .... supaya/ agar ...( 120 patah kata ) 


CONTOH JAWAPAN RUMUSAN 
Soalan: Punca kekaburan pelajar terhadap mata pelajaran KOMSAS dan langkah mengatasinya 

Petikan membincangkan sebab-sebab/ faktor-faktor kekaburan pelajar terhadap mata pelajaran Komponen Sastera ( KOMSAS ) di negara kita. 

Antara puncanya ialah sesetengah guru yang mengajar KOMSAS dalam Bahasa Melayu masih kabur dengan kaedah pengajaran mereka dan sesi ceramah yang diadakan dengan tujuan untuk memudahkan tugas guru tidak menepati kehendak para guru. Selain itu, masa yang diperuntukkan tidak mencukupi serta guru sastera mengajar komsas melebihi sukatan. Di samping itu, banyak pelajar yang kurang berminat membaca dan sesetengah guru mengambil sikap sambalewa dalam hal ini. 

Antara langkahnya ialah para guru Bahasa Melayu perlu diberi ceramah oleh penceramah yang pakar dalam bidang Komsas dan guru-guru tidak seharusnya menganggap pangajaran KOMSAS sebagai satu beban. 

Kesimpulannya, guru perlu lebih kreatif dalam pengajaran KOMSAS agar para pelajar tertarik dengan pengajaran tersebut.




Tulis pendahuluan dan isi tersirat bagi setiap tajuk rumusan yang berikut;

1. Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang 
punca-punca peribahasa melayu semakin pupus dan cara-cara membendung masalah ini. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

2. Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang manfaat jalur lebar dan langkah-langkah untuk menggalakkan orang ramai menggunakannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

3. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang  faktor-faktor   berlakunya   fenomena   pemanasan   global  dan kesan-kesannya kepada negara kita. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

4. Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan gagasan Satu Malaysia dan kesan kejayaan gagasan ini. Panjangnya rumusan hendaklah tidak memebihi 120 patah perkataan.

5. Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang akibat kepincangan instutusi keluarga dan cadangan untuk mengatasi kepincangan tersebut. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

6. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah menangani gejala salah laku seks yang semakin berleluasa dan punca-punca berlakunya salah laku ini. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

7. Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang pendekatan untuk memajukan sektor pelancongan negara dan sikap negatif masyarakat tempatan terhadap pelancong. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

8. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang matlamat pendidikan vokasional di sekolah dan kekangan dalam melaksanakannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

9. Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian tulis satu rumusan tentang kewajaran sikap yang sepatutnya dimiliki oleh semua pekerja dan kesan daripada tindakan yang positif. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

10. Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha mengurangkan jenayah dan sikap negatif keluarga untuk mengatasi masalah ini. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

11. Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang impak filem bersifat kenegaraan dan peranan masyarakat untuk memajukannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.





Latihan 1

Soalan 1: Rumusan

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang 
punca-punca gejala sosial gagal ditangani dan keburukannya. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

       Rakyat negara ini haruslah menggiatkan usaha untuk mengekang gejala sosial dalam kalangan masyarakat kerana penglibatan masyarakat diyakini dapat menangani sosial tersebut secara berkesan. Selama ini rakyat negara ini meletakkan tanggungjawab tersebut di atas bahu kerajaan dan agensi-agensinya. Kita mengakui bahawa kerajaan dan agensi yang bertanggungjawab dalam hal ini mempunyai peranan khusus dalam mempelopori usaha membanteras gejala sosial. Usaha kerajaan sahaja kurang berkesan tanpa wujudnya kerjasama orang ramai, khususnya pada peringkat unit terpenting masyarakat, iaitu institusi keluarga.

       Program-program seperti Karnival Keluarga Bahagia dan Rumahku, Syurgaku termasuk dalam usaha kerajaan menengani gejala sosial. Walau bagaimanapun program ini hanya berperanan sebagai pendorong kerana keberhasilannya bertitik tolak daripada usaha orang ramai terutama di peringkat keluarga yang kompenen pentingnya ialah ibu bapa. Dalam hubungan ini, ibu bapa memikul bertanggungjawab yang lebih utama kerana secara tradisi, kedudukannya sebagai ketua keluarga berperanan memastikan kecemerlangan institusi ini. Namun begitu, pada masa ini peranan ibu bapa sebagai pemutus kata dalam keluarga semakin longgar. Dalam banyak hal, kita dapat saksikan sebahagian daripada program motivasi keibubapaan lebih banyak disertai oleh pihak ibu daripada pihak bapa. Sesungguhnya, mentaliti bapa harus berubah demi kejayaan masa depan keluarganya. Pada perspektif yang lain pula, apa-apa yang diistilahkan sebagai gejala sosial memerlukan definisi yang jelas supaya dapat dipastikan puncanya dan cara melunturkannya. 

       Soal penyalahgunaan dadah misalnya, jika sudah terkesan bahawa anak-anak terdorong untuk terlibat dengannya, sedangkan anggota keluarga , khususnya ibu bapa kurang mengambil perhatian terhadapnya, maka mudahlah ahli keluarga terlibat secara serius dalam gejala tersebut. Dalam soal penyalahgunaan dadah ini juga terdapat faktor di luar keluarga yang menyumbang penularan masalah tersebut. Antaranya ialah pengedaran dadah secara berleluasa disebabkan oleh pengaruh rakan-rakan sebaya yang mengamalkan hidup secara negatif. Oleh sebab itulah, usaha membanteras pengedaran dadah memerlukan pasukan penguat kuasa yang lebih berkesan. Selain itu, kita perlu tahu dengan lebih jelas mengenai perubahan nilai dalam masyarakat berhubung dengan budaya hiburan yang berleluasa dan bersifat global. Perubahan nilai ini bukan sahaja mempengaruhi ibu bapa yang mencorakkan anak-anak mereka dalam keluarga termasuklah pengaruh nilai-nilai baru, sama ada positif atau negatif. Fenomena ini disalurkan menerusi media massa yang sumber ambilannya ialah masyarakat dan budaya Barat. Pengaruh nilai-nilai baru ini perlu kita lihat secara kritikal tetapi lebih terbuka.

       Sehubungan dengan itu, peranan ibu bapa pada zaman yang cepat berubah akan menghadapi cabaran besar untuk menilai pengaruh baru ini. Mereka memerlukan bantuan daripada pihak-pihak yang berkelayakan, bukan sahaja daripada kerajaan tetapi juga daripada badan-badan bukan kerajaan.

Soalan 2: Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)  Berikan maksud rangkai kata dapat dipastikan puncanya 
      dan cara melunturkannya.
                                                                          ( 2 markah )

(ii)   Nyatakan pihak yang harus mengambil tindakan 
        membanteras gejala sosial.
                                                                          ( 3 markah )

(iii)  Pada pendapat anda, mengapakah ada pihak 
       beranggapan bahawa media massa berperanan 
       menyebarkan gejala sosial?
                                                                          ( 4 markah )