Monday 27 April 2015

PERKARA YANG ANDA PELAJARI PADA HARI INI 14 MEI 2015 - SPM


LAMAN BLOG INI DIHASILKAN BAGI PELAJAR SPM SAYA TETAPI BUKAN UNTUK TATAPAN UMUM ATAU UNTUK TUJUAN KOMERSIAL.









1. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan penggunaan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.


a)   Latihan membina sinopsis cerpen saya telah siapkan pada masa yang ditetapkan oleh cikgu.


b)   Johan memperisteri anaknya dengan anak sepupunya kerana mahu hubungan kemesraan mereka kembali jernih selepas sepuluh tahun berselisih faham.

c)   Selepas menunggu selama satu setengah jam baharulah nampak perompak itu keluar dari tempat persembunyian mereka.

d)   Sebilangan orang penduduk kampung enggan berpindah ke bandar kerana selesa tinggal di kawasan pendalaman.

e)   Pihak polis dan perompak saling berbalas-balas tembakan di depan kedai emas sehingga orang ramai yang berada di tempat berhampiran lari bertaburan.

f)   Mangsa gempa bumi itu tidur beralaskan dengan papan-papan serpihan rumah mereka yang telah runtuh semasa kejadian teruk itu berlaku.

g)    Siti Aliza sungguh comel memakai baju kebaya nyonya yang dihadiahi kepadanya.

h)   Ayam-ayam di dalam reban berkejaran lari bila musang masuk ke dalam reban tersebut.

i)   Di atas kelulusan pihak pentadbir, mereka telah memilih tempat yang selera untuk jamuan akhir tahun.

j)   Bangunan yang tertinggi sekali di Kuala Lumpur, iaitu KLCC telah tidak jelas kelihatan selama beberapa  hari akibat ditutupi jerebu tebal yang melanda negara.

k)   Ibu bapa telah membelanjakan beribu ringgit untuk pendidikan kita. Selain itu, wajarlah kita belajar dengan bersungguh-sungguh.

l)   Azman memberi pelajaran kepada anaknya agar menjadi orang baik kepada bangsa, agama, dan negara.

m)   Kementerian Pelajaran mengesahkan di beberapa sekolah luar bandar masih tidak ada sebiji komputer pun di dalam kelas.

n)   Penari itu menari lemah longlai sewaktu membuat persembahan di hadapan tetamu dan pendatang asing sempena sambutan Hari Gawai.

o)   Datuk menceritakan tentang kekejaman tentera Jepun kepada kita sewaktu menziarahinya di kampung.

p)    Negara kita dapat maju jika semua rakyat Malaysia meningkatkan ilmu pengetahuan di dalam pelbagai bidang.

q)   Sultan negeri ini masih sakit dan dirawat di unit rawatan rapi oleh banyak doktor-doktor peribadi baginda.

r)   Puan Salina membekalkan anaknya nasi lemak dan air putih ke sekolah pada setiap hari.

s)   Encik Ramu suka makan kacang panjang dan sosej yang diletakkan di dalam roti di tiap pagi sebelum pergi ke pejabat.

t)    Ini kerana ramai pekerja yang diambil bekerja di kilang itu tidak mahir dalam bidang automatik.

u)   Zafri baharu sahaja balik daripada berkursus di Brunei dan dia mendapat banyak pengalaman di sana.

v)   Setiap pelajar program interaksi diminta memberikan sebuah komen untuk membaiki sebarang kekurangan program tersebut.

w)   Berapa orang pelancong telah terbunuh di dalam letupan bom di hotel itu dua hari lalu.

x)   Datuk Hisham telah tiga setengah tahun memegang pangkat pengerusi badan amal tersebut.


2.  BETULKAN KESALAHAN YANG TERDAPAT DALAM SETIAP FRASA ATAU AYAT DI BAWAH INI.

1.  tidak hadir lagi ke sekolah     

2.  Api pelita itu bergoyang-goyang ditiup angin. 
3.  berayun ke kanan dan kiri 

4.  Kuih-muih yang dijual di warung Mak Siti  
     semuanya sedap-sedap belaka.
5.  berhampiran sungai
6.  berbekalkan dengan senjata moden
7.  boleh menjawab soalan itu dengan mudah
8.  bertemu Kenanga
9.  Pihak Kementerian Kesihatan laporkan
10.  dipantau oleh kami
11.  meningkat dari RM5 ke RM10
12.  ada kepada abang saya
13.  baginda duduk di singgahsana
14.  lain-lain agenda
15.  adalah berasal daripada Korea
16.  dibuat daripada getah asli
17.  Adik baharu sahaja membeli sebuah beg baru.
18.  sebuah pingat
19.  Adalah dimaklumkan bahawa 
20.  amat sayangkan anak-anaknya


Buat renungan para pelajar SPM

Bahasa Melayu merupakan subjek penting dalam SPM.
Hal ini demikian kerana mata pelajaran ini menjadi syarat utama untuk melayakkan anda melanjutkan pelajaran ke IPTA. Setiap pelajar mestilah berusaha sedaya upaya untuk memperoleh A+ dalam mata pelajaran ini. Anda pasti akan menyesal jika gagal memperoleh pencapaian yang terbaik dalam BM.

Ingat....Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.




PERKARA YANG ANDA PELAJARI PADA HARI INI 7 MEI 2015 - SPM



LAMAN BLOG INI DIHASILKAN BAGI PELAJAR SPM SAYA SAHAJA, TETAPI BUKAN UNTUK TATAPAN UMUM ATAU UNTUK TUJUAN KOMERSIAL.





A. MEMBETULKAN KESALAHAN EJAAN DAN PENGGUNAAN IMBUHAN

1. Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbunan. 


a)  Hobi mengumpul barang antek bukan sekadar diperlukan wang yang banyak malah menuntut tanggung jawab, pengetahuan mendalami mengenai barangan itu, selain harus berkorban masa dan tenaga. Bagi mengumpul barangan lama seperti sterika dan mesin jahit lama, mereka mahu barangan tersebut masih elok dan tiada lagi di pasaran.
                                                           (6 markah)


b)  Tiga orang termasuk pembantu tadbir FELDA rentung selepas kenderaan mereka menembung dan meletup dalam satu kemalangan di jalanraya di kilometer 100.1, Jalan Kuantan-Segamat dekat Rompin semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, pembantu tadbir, Maznah Omar, 56 dan dua orang mangsa lagi yang masih belum dikenalpasti aidentiti mereka, rentung selepas gagal diselamat akibat menyepit dalam kenderaan masing-masing.
                                                            (6 markah)


c)  Polis mengistiharkan tanah runtuh yang tertimbus 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah, Bukit Antara Bangsa sebagai kawasan larangan selepas pemantauan terbaru Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapatkan kawasan itu tidak lagi selamat untuk sebarang pergerakkan. Notis berhubung dengan penutupan itu telah dikeluarkan polis pada pukul 12.00 tengahari ini.
                                                            (6 markah)


d)  Laman yang indah bukan setakat menjadi santapan mata tetapi turut memikati hidupan lain singah menumpang mencari makanan seperti rama-rama, pepatung, dan burung liar. Berikutan itu, hiasilah laman anda dengan pelbagai aksasori agar hidupan lain datang bertamu dan mencari makan seperti diletakkan rumah burung di sudut taman kediaman. Kini, semakin ramai mengemari rumah burung sebagai hiasan taman kerana rupanya yang comel serta menunjulkan keaslian laman yang dibina.

                                                             (6 markah)



2.  Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahaan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.


(a) (i)   Faiz telah menginap di Hotel Kenangan selama tiga hari kerana menghadirkan Kursus Cendekiawan Malaysia dan penceramah kursus tersebut seorang professor terkenal dari luar negara.

(ii)  Rakyat Malaysia perlu sedar akan mengamalkan menjaga kebersehan dan kesihatan diri mereka pada setiap masa.


(iii) Pekarangan rumah mereka hiasi dengan lampu peliti seminggu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

                                                             (6 markah)


(b) (i) Sempena Hari Bapa tahun ini, pasar raya itu telah menawar hadiah berupa tali leher kepada pengunjung yang ke100 pada hari itu.


(ii) Kebanyakkan penduduk kawasan pedalaman telah mendapat kemudahan asas seperti air dan letrik pada masa sekarang.


(iii) Thailand telah mengalahkan oleh pasukan Malaysia 1-0 dalam perlawanan peringkat pusingan awal semasa pertandingan Piala Tiger di Setadium Nasional Bukit Jalil.

                                                            (6 markah)


(c) (i)   Penari yang mempunyai pinggang yang ramping itu sedang dipersembahkan sebuah tarian teradisional kaum India.

(ii)  Kalau kita merasa was-was terhadap hukum halal haram sesuatu barang, janganlah kita membelinya.

(iii)  Pasukan sepak takrau sekolah saya dilatihi oleh Cikgu Azhar untuk bertanding di peringkat kebangsaan.

                                                            (6 markah)


(d) (i)  Pelabuhan Umm Qasar merbahaya kepada tentera Pertubuhan Pakatan Bersekutu kerana banyak periok api dipasang oleh tentera Iraq.

(ii)  Bapanya telah berjaya merebuti jawatan pengerusi bagi Kelab Bowling Taman Megah Ria.

(iii)  Tasik berhampiran dengan rumah saya amat jernih airnya dan sering dijadikan tumpuan penduduk kampung untuk mandi-manda serta berihat pada hujung minggu.

                                                            (6 markah)



___________________________________________

Mempelajari Bahasa Melayu tidak semudah yang disangkakan. Jika para pelajar memandang enteng terhadap mata pelajaran ini, amat sukar untuk anda memperoleh A+ dalam SPM kelak.
Justeru, para pelajar harus mempelajari subjek ini secara mendalam dan konsisten agar membuahkan hasil yang membanggakan.
Selamat Maju Jaya - Cikgu Rashid.

___________________________________________




TAJUK YANG ANDA PELAJARI PADA HARI INI 30 MEI 2015 - SPM

LAMAN BLOG INI DIHASILKAN BAGI PELAJAR SPM SAYA SAHAJA TETAPI BUKAN BAGI TATAPAN UMUM ATAU BAGI TUJUAN KOMERSIAL.






1.MENGENAL SUBJEK DAN PREDIKAT DALAM AYAT

SUBJEK
- ialah watak, pelaku atau benda utama.
- terdiri daripada Kata Nama (Frasa Nama)

contoh: 
1. Kedai itu terbakar.
2. Ali belajar di perpustakaan.
3. Kanak-kanak yang sedang menunggang basikal itu adik saya.

- sebelum sedang: semua frasa atau perkataan ialah subjek
contoh:
1. James dan Vincent (subjek) sedang bermain di padang.
2. Perempuan cantik itu (subjek) sedang menyanyi di atas pentas.
3. Bapa (subjek) sedang memandu keretanya ke pejabat.

PREDIKAT
- ialah cerita mengenai watak, pelaku atau benda utama.

contoh;
1. Kedai itu terbakar.
2. Ali belajar di perpustakaan.
3. Kanak-kanak yang sedang menunggang basikal itu adik 
    saya.

- selepas itu atau ini: semua frasa atau perkataan ialah 
  predikat.
contoh:
1. Pak Abu dan isterinya tinggal di Melaka. (predikat)
2. Rumah yang berwarna putih itu kepunyaan saya. 
    (predikat)
3. Ketiga-tiga orang budak yang berbangsa cina itu 
    besahabat baik. (predikat)

LATIHAN
Tentukan bahagian subjek dan predikat dalam ayat-ayat di bawah ini.

1. Para penonton kelihatan terbuai semasa mendengar 
    persembahan nyanyian daripada artis tersebut.

2. Pekedai itu ditahan oleh pihak berkuasa kerana tidak 
    meletakkan tanda harga pada barang jualannya. 

3. Kami berpakat untuk meraikan hari ulang tahun 
    perkahwinan Cikgu Sariza pada petang ini.

4. Berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 
    lempar cakera atlet itu.

5. Telah membeli kereta yang baharu bapa Hisyam.

6. Peserta Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Megah 
    Ria akan mara ke peringkat akhir pertandingan syarahan.

7. Pokok mangga di belakang rumah datuk saya sudah 
    ditebang oleh ayah.

8. Gopal menjawat jawatan sebagai setiausaha dalam 
    Persatuan Bahasa Melayu.

9. Tun Dr. Mahathir merupakan negarawan yang terbilang di 
    Malaysia.

10. Mak Siti mengajak anaknya ke pasar tani.

11. Budak yang berbaju merah dan berbadan gempal itu 
      ialah anak kesayangan saya.

12. Suasana meriah musim menuai menjadi kenangan indah 
      sepanjang hidup saya.

13. Berpusing-pusing di udara sebelum terhempas di 
      kawasan paya bakau, helikopter itu.

14. Ayah seorang pegawai di pejabat ini sebelum bersara 
      lima tahun yang lalu.

15. Telah disabitkan kesalahan membunuh, penjenayah 
      warga asing itu.





2. MENGENAL POLA AYAT

Contoh:
1. Rumah mewah (Frasa Nama) itu terbakar (Frasa Kerja)

2. Noraini (Frasa Nama) seorang doktor (Frasa Nama)

3. Ibu saya (Frasa Nama) cantik dan penyayang (Frasa 
    Adjektif)

4. Komputer riba (Frasa Nama) ini adalah untuk adik saya 
    (Frasa Sendi Nama)

LATIHAN
Nyatakan pola ayat-ayat di bawah ini sama ada ayat tersebut  berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif    (FN + FA), atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
   
1. Teksi itu dari Kuala Lumpur.

2. Badan lembu itu sangat kurus.

3. Kawan Shalini ialah seorang pemuda Jepun.

4. Pemandangan di tepi pantai Desaru indah nian pada 
    waktu senja.

5. Merokok membahayakan kesihatan seseorang.

6. Kanak-kanak itu sedang menari di atas pentas.

7. Puan Zaiton ialah guru kaunseling di sekolah saya.

8. Nenek sedang menanak nasi di dapur.

9. Rumah Ramu di Taman Megah Ria.

10. Kerajaan gigih membanteras kegiatan jenayah dalam 
      kalangan remaja.

11. Seluar adik berwarna merah muda.

12. Kakak Razali seorang jurutera.

13. Kucing saya sangat comel dan manja.

14. Rumah datuk Rahman terletak di Batu Pahat.

15. Cikgu Mahani ialah guru Bahasa Melayu saya.

Friday 12 December 2014


LATIHAN CERPEN TINGKATAN 4 

KOMSAS (CERPEN)



Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

        Itulah detik-detik yang tidak dapat aku lupakan.  Aku menyesal dan memohon ampun banyak-banyak daripada ibu.  Aku sendiri tidak sedar sewaktu aku menjerit itu. 
        Barangkali niatku bukan kutujukan kepada ibu, tetapi kepada orang lain.  Dan siapa orang lain itu tidak pula dapat aku pastikan.  Kalau tidak kepada ibu, kepada siapa lagi kalau bukan kepada diri sendiri.
        Hal itu menusuk masuk ke dalam diriku hinggalah ibu meninggal. Ibu meninggal dengan aman damai.  Tidak sedikit pun menempuh kerumitan.  Malam itu kami sudah pun berkumpul kerana ibu mulai memandang langit.  Isteriku membaca Yasin.  Aku duduk di sisi ibu sambil berbisik ke telinganya tidak putus-putus agar ibu jangan lupakan Allah.
         Ceper masih keruh airnya, tetapi masih sedikit-sedikit boleh mengalir meskipun langkahnya lambat kalau dibandingkan dengan waktu ibu rancak melompat ke sana dan berlari ke sini dulu.  Waktu itu Ceper bukan main lagi cergasnya bagaikan hendak bertanding dengan kecergasan ibu sendiri.

         Tetapi semenjak ibu lumpuh dan kemudian ibu mati, Ceper langsung tidak berbusa dan berombak lagi.  Tebing-tebingnya pun tidak ditendang lagi.  Lubuk-lubuknya pun tidak dikorek lagi, kerana Ceper mulai kenyang sangat-sangat dengan serbaneka serdak yang bersisa.

                                                                        (Dipetik daripada Ibu dan Ceper oleh                                                       
                                                                          Shanon Ahmad dalam antologi Harga Remaja, DBP)


I)         i)     Berikan dua bukti yang menunjukkan ‘aku’ menyedari kesilapannya terhadap ibu.
            - ‘aku’ menyesal
            - ‘aku’ memohon ampun daripada ibu                                            (2 markah)

II)         Sekiranya anda ialah ‘aku’, nyatakan tiga cara yang boleh anda lakukan  untuk                              
            memulihara Sungai Ceper.
            - gotong royong membersihkan sungai
            - melapor kepada pihak berkuasa jika melihat orang membuang sampah ke                  
                dalam  sungai
            - tidak membuang sampah ke dalam sungai
            - tidak menyalurkan najis ke dalam sungai
                                                                                                            (3 markah)
III)     iii)  Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut.

            Pengajaran daripada petikan
            - kita mesti menyayangi ibu bapa – ‘aku’ dan isterinya menjaga ibu yang         
               lumpuh
            - kita mesti menghargai sungai – tidak membuang sampah ke dalam sungai
                                                                                                                        (2 markah)

              Pengajaran daripada keseluruhan cerpen
            - kita mesti berani menghadapi cabaran hidup – ibu berani menentang banjir            
               untuk menyelamatkan padi
            - kita mesti gigih bekerja – ibu gigih mengerjakan sawah
            - kita mesti bertanggungjawab menyara keluarga – ‘aku’ dan isteri bekerja di              
              sawah  untuk menyara keluarga
            - kita mesti sabar dalam menghadapi masalah keluarga – ibu bersabar dalam                          
              menghadapi karenah ayah yang leka dengan burung ketitir.
                                                                                                                        (2 markah)

Tuesday 2 December 2014

KESALAHAN UMUM TATABAHASA




Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat kesalahan dari segi tatabahasa, ejaan, dan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan.

1. Pokok tumbang pagi tadi menghalang perjalanan orang ramai yang menggunakan jalanraya.

2. Sejak ayahnya meninggal, halaman rumah mereka telah semak.

3. Pucuk daun teh yang baharu di petik di masukkan kedalam bakul yang diikat dibelakang.

4. Sejak kematian isteri, Wahab tidak mengurus dirinya hingga misai dan jambangnya tumbuh tampa di cukur.

5. Polis menemui rangka manusia di timbus dicelah semak-samun dan dipercayai mati di bunuh.

6. Ibu memarahi Haslam oleh kerana terlalu degil lalu tidak mengindahkan larangan orang tuanya.

7. Di dalam keadaan pengembangan ekonomi yang tidak memberangsangkan, kita harus ekonomis bila berbelanja.

8. Peristiwa di samun oleh perompak membuat dia serik untuk keluar malam bersendiri.

9. Ayah membena bansal untuk mengisi barang tukangnya dibelakang rumah.

10. Penuntun tidak dapat menangkap inti ceramah yang di sampaikan oleh Datuk Benjamin.

11. Oleh kerana terlalu malu, Guldip teragak untuk menerima perlawaan gadis itu untuk rujukan jenerasi akan datang.

12. Dia merancang untuk menghasil memorinya sendiri sebagai kenang-kenangan untuk anak-cucu.

13. Berapa mono graf di hasilkannya telah di bukukan.

14. Sejak kejadian mereka bertengkar didalam mesyuarat jawatan kuasa kampong minggu lepas, batang hidung Zahar dan Bidin pun tidak dilihatkan.

15. Khemah mula di pasang di hari jumaat sebagai persiapan majlis perkahwinan anaknya.

16. "Mengapa adinda bermuram durja, apakah yang tidak berkenaan didalam hati?" Puteri Seri Wangi bertanya pada Puteri Seri Siantan.

17. Pehak pemerintah repablik itu menasihatkan rakyatnya agar tidak ke luar rumah bila arahan darurat diumumkan.

18. Sebagai manusia, kita harus peka akan alam sekeliling ciptaan tuhan yang amat indah ini.

19. Banyak yang keliru untuk membezakan diantara Iskandar dan Jofri oleh kerana mereka kembar seiras.

20. Rumah berhala terletak dipinggir jalan itu terpaksa di robohkan disebabkan jalan akan dilebar lagi.

21. Antara ciri-ciri insan kamel termasuklah berilmu, beriman dan beramal mengikut lunas-lunas islam.

22. Teman-temannya memang maklum sifat halobanya sebab itu mereka tidak meminta derma darinya.

23. Agak sukar untuk menerangkan tentang hal-hal abtrak pada kanak-kanak yang selalunya banyak bertanya.

24. Tanpa membaca ringkasan novelnya itu, Aman terus membeli kerana dia amat minat pengarangnya.

25. Penari-penari daripada Thailand itu memakai kuku palsu suasa untuk mengendahkan sri tarian.

26. Walau pun mereka kadim, wajah mereka amat beza.

27. Suara azan daripada madrasah di hujung kampong itu jelas kedengaran  hingga ke kampong seberang.

28. Shahnon Ahmad adalah merupakan pengarang yang tidak banyak menghasil karya besar.

29. Pemburu itu menyusur denai didalam hutan mengesan arah kijang bersembunyi.

30. Adik merajuk oleh kerana abang membuatkan helah ketika main dam dengannya.

31. Pengantin perempuan itu berbaju baldu serta berkasut tekat warna merah sedongdong.

32.  Cikgu Samad memang sesuai menjadi guru displin kerana mukanya yang bengis membuat pelajar takut dengannya.

33. "Pasangan itu memang cucuk, bagai pinang di belah dua", Kata Mak Senah.

34. Dia menghulur garfu pada kakak yang mahu menjamah mee goreng.

35. Saban hari kelihatan 2 hingga 3 pendatang asing mengemis di situ.

36. Perantau itu singgah dibangsal untuk melepas lelah lalu mengisikan perutnya yang kosong.

37. Dia benar-benar di dalam kebingungan untuk memilih kolej yang sesuai dengan kelulusannya.

38. Ibu bersiap-siap menziarahi Mak Nani yang baharu kematian suami.

39. Perasaannya bergemirap bila memikirkan tentang anaknya yang akan menghadapi peperiksaan.

40. Hasil kajian professor itu mendapat liputan akhbar oleh kerana kejayaannya menemui asal-usul tamadun suku tertua itu.

41. Pilu sungguh hatinya bila mengenang nasib dirinya setelah menjadi yatim-piatu.

42. Di dalam acara akhir temasa sukan itu, pasukan tuan rumah bertanding dengan pasukan jemputan.

43. Sahara amat tegas di dalam mempertahan prinsip hidupnya dan menolak apa yang bertentangan dengan prinsipnya.

44. Air sungai itu menjadi keroh oleh kerana orang kampong sering buang sampah didalam sungai.

45. Rohana mencuba menghilangkan ngantuk untuk menghabisi kerja dipejabatnya.

46. Persatuan itu melaksana program pendedahan dan pendidikan, termasuk beberapa siri persembahan yang meliputi seminar dan pamiran.

47. Ibu selalu memarahkan kakak oleh kerana suka menonton televisyen dari pagi hingga petang.

48. Ayah berhasrat membeli rumah bandung diBukit Antara Bangsa sebelum bersara nanti.

49. Polis mendapat berapa bukti bagi membantu siasatan kes kemalangan ngeri di Bukit Gantang, Taiping, Perak Semalam.

50. Kelakuan budak itu bukan senonoh, di tambah pula pakaiannya yang koyak rabak.